Thursday, January 2, 2014

APAKAH PEGERTIAN KARIN (KORIn)

Didalam blog saya, ada sahabat-sahabat menyebuat soal karin atau kata orang Kelantan dengan sebutan korin. Siapakah korin itu?.


Katanya korin itu, adalah makhluk halus. Ada yang mendakwa bahawa setiap surah Al-Quraan itu, ada korin dan penjaganya masing-masing. Ada yang megdakwa bahawa Al- Fatihan itu dijaga oleh korin tertentu, ayat Kursi, oleh korin lain pula. Katanya disetiap ayat itu, ada penjaga atau penunggunya sendiri!.
Ada sesetengahnya mendakwa bahawa ada korin yang menjaga baik dan ada korin yang menjaga jahat. Ada korin Islam dan ada korin kafir dan berbagai-bagai lagi tafsiran kepada korin.Siapakah korin?.
Ada pula yang mengatakan bahawa Kaabah juga ada korin yang menjaganya. Kiranya Kaabah ada penunggu atau penjaganya, kenapa pada suatu hari Kaabah terbakar, kaabah pernah runtuh dilanda banjir dan kenapa masih juga batu Hajaratul Aswad itu, pernah dicuri oleh tentera rom?. Tidak cukup kuatkah korin menjaga Kaabah sehingga boleh kalah dengan api dan banjir?, Cuba jawab pertanyaan saya. Jika Quraan ada korin, kenapa juga masih ada orang yang salah guna, dan masih ada orang yagn boleh bakar atau kencing atas Al-Quraan?……………
Tidak cukupkah lagi Allah menjaga ayat-ayatnya?. Apakah Allah memerlukan pembantu?……… Tidakkah kita belajar sifat dua puloh mengatakan “kiamuhu Binafsih” (Berdirinya Allah itu, dengan sendiri), tanpa perlu kepada pembantu?. Cuba
jawab……………..

Disini, sukalah saya menyedut beberapa tulisan daripada beberapa peminat blog, untuk dijadikan kayu pengukur dan dijadikan perbandingan!
Submitted on 2012/12/29 at 10:25 am
Salam, mohon maaf seribu kemaafan dan jikalau pendpt sy ini tidak menyenangkan, dan sy berharap Tn. Hj. Shaari tegurlah sy dan ajarilah sy, memang benar setiap manusia diutus oleh Allah SWT mahluk yakni Qarin… pun begitu sy tidaklah mengkaji sedlmnya tentang Qarin ini walaupun ada sy terbaca kisah2 qarin ini, sbb sejak sy ingin mencari Allah SWT sy tidak ingin mahluk2 ghaib mendekati sy atau mengajar sy samada baik mahupun jahat. Yg sy harapan hanya Allah SWT, sy tidak mahu ada perantaraan diantara sy dgn Allah SWT… sbb itu jikalau sy bertemu guru yg melibatkan Qarin…sy akan menjauhi diri…mohon maaf ya… sy tidak ingin belajar… bagi sy apabila Allah SWT yg memberi bimbingan … Qarin tidak diperlukan lagi…. cukuplah Allah SWT kerana Dialah tujuan ku dan Dialah yg aku Mahu, makanya sy mahu Allah SWT yg mengajar sy demi utk bertemu dan melihat wajahnya di akhirat nanti …sbb waktu sy takut tesesat dan tersalah pilih jalan… sungguhpun Nabi SWT ada mengatakan sehinggakan Qarinnya diislamkannya dan mengajaknya kearah kebaikan sahaja… bagi sy ada rahasia yg tersembunyi disebalik bicara Nabi SWT tentang Qarin yg perlu kita cari…. sesungguhnya setelah memahami ilmu…. ……MATI SEBELUM MATI….FANAKAN DIRI.. menyerahkan diri secara muthlak kepada Allah SWT, maka memang benarlah apa yg cari selamainya ini, hanya Allah SWT yg membimbing sy sudah terbukti.. ilmu ini telah membawa sy menyingkap rahasia yg Allah SWT sembunyikan dari mahluknya. Dan sy bersyukur kpd Allah SWT memberi kelebihan kpd sy utk melihat secara Khasyaf … siapakah mahluk- mahluk ciptaan Allah SWT.. itu… mohon maaf …dgn apa yg sy tulis ini… dan syukur teramat bersyukurnya sy kerana Allah SWT temukan sy dgn blog Tn. Hj. Shaari… dan bertemunya secara life di Sandakan baru2 ini… maka dptlah sy lebih memahami akan ilmu ini… amin…YA ALLAH KERANA MU AKU HIDUP…
Makrifat Tok Kenali...

Wednesday, January 1, 2014

Bagaimana Cara Bercinta Dengan Allah ?

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Pada kebiasaanya bercinta itu berlaku diantara dua pasangan atau ianya melibatkan antara dua pehak!.


Cinta kepada Allah itu, tidak boleh sama sebagaimana cinta sesama makhluk, yang memerlukan adanya dua pihak!. Cinta kepada Allah itu, hanya berlaku setelah hanya ada satu pihak!.
Bagaimanakah berlakunya cinta satu pihak?…………..Bagaimana mungkin bertepuk hanya sebelah tangan?. Cinta makhluk kepada sesama makhluk itu, harus bertepuk kedua belah belah tangan!. Manakala cinta kepada Allah itu hanya bertepuk sebelah tangan dan hanya bercinta dalam keadaan satu hala tanpa ada dua pihak?………………..
Bagaimanakah caranya?……..Tunggu………
Tuan-tuan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.Jam sekarang menunjukkan pukul 4.38 waktu indonisia, tanggal 3hb jan 2013. Pada tahun baru ini, inilah baru kali pertama saya menulis dalam blog makrifattokkenali .com. Dikesempatan dan dikejauhan ini, ingin saya mengucapkan selamat tahun baru kepada anak buah saya diseluruh Malaysia, Inoniisia, Berunai dan Singappor sekalian. Semoga hendaknya pada tahun baru ini, diri kita juga akan bertukar baru.
Jika tahun lalu kita masih bernama, marilah pada tahun baru ini, kita tinggalkan sekalian nama-nama diri. Biarlah mulai dari tahun ini, kita biarkan diri tinggal bersendirian (sudah sekian lama diri kita tingal dengan ditemani!). Sampailah masanya untuk kita biarkan diri kita tinggal bersendirian. Jika dulu diri kita sentiasa ditemani dengan sifat nama,sifat afaal, sifat zat dan sifat!.
Mari kita sama-sama tinggalkan segala yang bersifat, yang bernama, yang berafaal dan mulai dari tahun baru (2013) ini, marilah kita sama-sama tinggalkan apa-apa yang bernama zat!. Mari kita mendiri pada diri yang sebenar-benar diri. Ituah cinta sejati.
Jangan lagi bercinta dengan perkara-perkara yang masih bersifat!. Cinta kepada yang bersifat itu, tidakkekal. Cinta kepada yang bersifat itu, ada kalanya kaki putus, tangan putus dan leher putus.Cinta kepada yang bernama itu, setelah kita mati, nama kita tidak lagi dingati orang dan tak usah kata semasa sesudah mati, ada kalanya sebelum mati pun, orang sudah lupa kepada nama kita!. Cinta kepada afaal, feel, perangai atau cinta kepada tingkah laku, sekali kita buat salah, biarpun beribu kali sebelumnya kita berbuat baik, orang sudah tidak kenang kebaikan kita yang beribu kalli. Yang orang lihat itu, adalah jahat yang sekali!. Cinta kepada zat, zat (roh) akan putus bila habis nyawa.
Cinta kepada yang besifat itu tidak kekal. Mari bermula pada tahun baru ini, kita sama-sama beralih cinta kepada kekasih yang tiada awal dan kekasih yang tiada akhir!. Mari kita berkasih dengan Kekasih yang tiada sifat, tiada nama, tiada afaal dan tiada zat!.
Itu makanya, dari tulisan awal saya, saya ada menyatakan bahawa, barang siapa yang masih bercinta itu, tandanya ia belum bercinta. Mana mungkin kita bercinta dengan yang tidak punya sifat, tidak punya afaal, tidak punya asma dan tidak punya zat!.Bercinta dengan Allah itu, adalah bercinta yang bertepuk sebelah tangan.
Bercinta dengan Allah itu,
Makrifat Tok Kenali...